Minggu Orientasi tingkatan 1 dan 4

    Pada awal bulan Januari. Bertempat di dewan utama SMK Kompleks KLIA berlansungnya minggu orientasi pelajar tingkatan 1 dan 4. Program ini adalah salah satu aktiviti yang wajib diadakan pada setiap tahun. Tujuan program ini dijalankan supaya semua pelajar baru dapat berkenalan antara satu sama lain, ia juga dapat membantu para pelajar baru untuk lebih mengenali tentang SMK Kompleks KLIA. Program tersebut dijalankan selama 3 hari bagi pelajar tingkatan 4 manakala seminggu untuk pelajar tingkatan 1. PRS yg terlibat dalam program ini ialah PRS tingkatan 4 dan 5.


    Antara aktiviti yang dijalankan ialah orientasi mengenali semua guru-guru dan staf SMK  Kompleks KLIA, mengenali pelajar baru, berkenalan dengan semua badan-badan unit disiplin sekolah, mengenali perpustakaan sekolah, mengetahui semua displin yang perlu dipatuhi dan banyak lagi aktiviti menarik yang dijalankan semasa minggu orientasi.


    Semua pihak sangat gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh semua para pelajar. Seterusnya, minggu orientasi juga dapat memberi kenalan baru dari pelbagai jenis sekolah. Semua objektif program telah tercapai dengan adanya kerjasama dari semua pihak.


    Kami berharap agar semua pengetahuan yang telah diberikan sepanjang orientasi dijalankan dapat dipatuhi dan dipraktikkan sepanjang belajar di SMK Kompleks KLIA. Selain itu, dapat mengharumkan nama sekolah kebanggaan kami semua ini pada suatu hari kelak.

(antara PRS yg sangat berdedikasi dan komited menjalankan tugas sepanjang minggu orientasi)

(pelajar lelaki tingkatan 1 sedang menyanyikan lagu sekolah)

(pelajar perempuan juga kena hafal lagu sekolah)

(PRS pon gle camera tau)

(tuan pengetua cemerlang sedang menyampaikan ucapan beliau)
 

Blog Template by YummyLolly.com